26 October 2008

Minyak dunia USD 64 setong | Kerajaan nak tunggu apa lagi ?? ~ www.ahmadtarmizi.blogspot.com

Geram, menyampah, meluat, menyakitkan hati, tak puas hati dan apa juga istilah yang boleh di terima untuk digambarkan kepada Kerajaan Malaysia dalam isu minyak ini.
Hari ni minyak USD64 setong (24/10/2008). Dah turun 56% dari paras harga tertinggi pada Julai 2008. Banyak turun tu. Bila pulak minyak malaysia nak turun bawah pada RM1.92 ?

Fakta yang rakyat perlu tahu:
1. Masa harga minyak dunia USD100, harga minyak dalam negara ialah RM1.92
2. Bila minyak dunia naik USD135, harga minyak dalam negara melonjak RM2.70, kenaikan sebanyak 78 sen.
3. Bila minyak dunia turun semula USD100, berapa kerajaan turunkan semula harga minyak ?..hanyalah seposen, oh ye lupa nak campur rebate. Campur lah jadi lebih kurang 20 sen.

Hari tu waktu Pak Lah naik kan harga minyak menggila 78 sen...jenis kaki ampu dan minda kelas tiga kata...SYUKUR minyak naik cuma 78 sen , tak sampai pun RM 1.00......

Sekarang bila turun 15 sen , 10 sen , 15 sen...orang jenis ini juga akan kata SYUKUR turun juga minyak. Aku bukan nak mempertikai istilah bersyukur atau tidak bersyukur. Kadang- kadang istilah tersebut digunakan untuk menjadi alasan pihak-pihak yang tidak mahu menjalankan tanggungjawab nya, maka istilah syukur digunakan supaya kita tidak mempertikaikan tanggungjawab itu.

Apa punya mentaliti dan tahap pemikiran macam ini.... patut lah kerajaan yang ada dapat memerintah sehingga ke hari ini sebab rakyat yang berfikiran sedemikian masih ramai lagi agak nya. Bila lah majoriti rakyat Malaysia dapat mencapai tahap MINDA KELAS PERTAMA ?

Apa yang aku cuba katakan ialah kita menuntut hak kita. Minyak adalah hak rakyat yang di uruskan oleh Kerajaan yang memerintah. Kita tak mahu lagi ditipu oleh kerajaan, harga dunia USD 64, apa alasan kerajaan nak letak harga terlampau tinggi melebihi harga pasaran dunia ?, tolong lah jangan memanipulasikan istilah subsidi lagi.....sedar atau tidak, rakyat Malaysia sebenarnya yang telah memberi subsidi kepada kerajaan Malaysia.

Ini dapat dilihat ketika harga minyak dunia telah menurun ke paras kurang dari USD 80 setong, kerajaan masih lagi menurunkan harga minyak secara sedikit demi sedikit. Ini menyebabkan rakyat terpaksa membeli minyak daripada kerajaan dengan harga yang sedikit mahal dari harga yang sepatutnya. Apakah ini tidak bermaksud kini RAKYAT YANG MEMBERI SUBSIDI KEPADA KERAJAAN ?. Sekarang harga berlegar sekitar USD60-70, apamacam ?......

* Rakyat boleh berfikir?

No comments:

Post a Comment