26 October 2008

Klip video perbuatan orang luar? ~ Kosmo

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom tidak menolak kemungkinan klip video terlampau di Terengganu dan kini tersebar meluas dilakonkan oleh orang luar yang berpakaian seragam sekolah.

Menurutnya, dengan cara itu, ia telah mencemarkan imej sekolah tetapi enggan membuat kesimpulan lanjut kerana sehingga kini masih belum dimaklumkan oleh pegawainya berhubung pendedahan mengaibkan itu.

"Apa pun, jika betul kita akan siasat, setakat ini saya hanya mendapat tahu melalui cakap-cakap sahaja dan laporan bertulis belum diterima.

"Bila terima laporan nanti jawatankuasa khas akan menyiasat kes ini. Jika betul seperti yang didakwa saya menganggap ia kes terpencil," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perimbun di sini semalam.

* Pelajar kita baik2 kan Datuk. Lagipun kalau benar, nanti jatuhlah maruah sistem pelajaran kita. Biarlah benda tu bertambah parah asal tak jejas imej kementerian

No comments:

Post a Comment