13 October 2008

MAIK siasat masjid jadi gelanggang politik ~ Utusan

PASIR PUTEH 12 Okt. - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan, Masjid Kampung Permatang Sungkai di sini telah dijadikan gelanggang politik, sehingga memecahbelahkan perpaduan anak kariah.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd. Zain berkata, seorang pegawai telah diarah membuat siasatan untuk mendapatkan maklumat sebenar mengenai dakwaan itu.

"Kita akan ambil tindakan jika laporan itu benar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dua hari lepas, lebih 50 anak mukim yang terdiri daripada penduduk kampung berkenaan termasuk Kampung Permatang Rambai berhimpun sebagai bantahan terhadap jawatankuasa masjid itu yang didakwa menjadikan masjid itu sebagai tempat melebarkan pengaruh.

Bekas setiausaha masjid berkenaan, Mohd. Nawi Majid, 60, berkata, sebahagian bangunan masjid berkenaan telah dicat dengan warna tertentu dan jawatankuasa mengisytiharkan sesiapa yang tidak setuju dengan warna itu tidak perlu datang ke masjid walaupun dengan tujuan beribadah.

Katanya, selain itu, mereka yang mempunyai kaitan rapat dengan anggota parti tertentu juga dilarang melaungkan azan.

Mengulas isu itu, Kamaruddin berkata, pihaknya tidak akan teragak- agak menggugurkan jawatankuasa masjid itu sekiranya ia benar menjadi faktor perpecahan anak kariah.

No comments:

Post a Comment