28 October 2008

KERETA MISTERI DI PERSIMPANGAN JALAN MASUK KE SEKSYEN 2 WANGSA MAJU

MASUK hari ini sudah lebih dua minggu sebuah kereta jenis Nissan Sunny berwarna putih bernombor plat WBE 5119 tersadar di persimpangan Jalan 2/27A di perismpangan lampu isyarat menuju masuk ke Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Kewujudan kereta berkenaan menimbulkan tanda tanya kerana ia tidak dituntut oleh sesiapa. Jurucakap Balai Polis Wangsa Maju Seksyen 1 ketika dihubungi tiga hari lepas menjanjikan untuk membuat semakan apakah ada laporan berhubung kereta berkenaan dan berjanji akan memaklumkan kepada penulis.

Sehingga hari ini setelah tiga hari, saya tidak mendapat apa-apa maklumat daripada pihak Balai Polis Wangsa Maju dan kewujudan kereta berkenaan terus menjadi misteri!

Persoalannya apakah apabila tidak ada laporan, pihak polis ataupun pihak Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh lepas tangan begitu saja dan tidak cuba mengesan siapakah pemilik kereta berkenaan. Sepatutnya semua pihak bertanggungjawab dan sama-sama mengatasinya demi kebaikan bersama. ~ Mso Melayu

* Kenderaan itu boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai. Mengapa lembab pihak berkuasa bertindak?

No comments:

Post a Comment