IPOH 1 Okt. — Gagasan Melayu Perak (GMP) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan anggota kumpulan Hindraf yang menyerbu dan membuat kacau semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perdana Menteri bersama menteri kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tengahari ini.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Helmi Ismail, berkata perbuatan kira-kira 1,000 anggota kumpulan itu langsung tidak kena pada tempatnya dan keterlaluan kerana mengganggu majlis rasmi yang dianjurkan pemimpin kanan negara.
Katanya, selain itu, tindakan kumpulan itu yang sering menggunakan kanak-kanak sebagai barisan hadapan setiap kali demonstrasi diadakan adalah tindakan pengecut.
“Kumpulan ini telah memberikan pendedahan negatif kepada pembangunan minda kanak-kanak ini yang seolah-olah dijadikan tebusan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
“Apa yang diperjuangkan kumpulan ini juga adalah tidak kena pada masa dan tempatnya... amat memalukan,” katanya.
— BERNAMA
* Tentu ada sebab mengapa mereka berbuat begitu
No comments:
Post a Comment