BAGAN SERAI - "Walau apa pun yang berlaku, saya tetap akan pergi ke Lombok untuk membawa pulang anak gadis saya".
Itulah pendirian Ahmad Abdul Hamid, (gambar) 46, terhadap anak gadisnya, Noor Fadilah Ahmad, 18, yang kini berada di Desa Kesik, Lombok kerana mengikut teman lelakinya sejak awal bulan lalu.
Katanya, dia kini hanya menunggu pengesahan untuk bertolak ke sana antara 6 Oktober dan 10 Oktober ini.
"Kami menyambut Aidilfitri dalam keadaan tertekan memikirkan tindakan Noor Fadilah yang disifatkan sebagai di luar dugaan oleh seluruh kaum keluarga," katanya ketika dihubungi di rumahnya semalam.
Menurut beliau, keluarganya menerima panggilan telefon daripada Noor Fadilah pada pukul 4.30 petang kelmarin tetapi dia enggan melayan panggilan tersebut selepas melihat kenyataan anaknya yang disiarkan Kosmo! baru-baru ini.
"Kami memang mengenali Nasrudin sejak empat tahun lalu ketika dia tinggal di rumah yang terletak berhadapan rumah kami.
"Kerana mengenali sifatnya luar dan dalam secara menyeluruh, kami sekeluarga tidak akan merestui hubungan mereka berdua dalam apa jua keadaan sekali pun walau pun dia melamar dengan cara baik," katanya.
www.kosmo.com.my
* Fadilah kenal lelaki itu 4 tahun. Bapa kenal Fadilah sejak dilahirkan. Jika berlaku masalah kesihatan dalam waktu terdekat seperti lumpuh seluruh badan. Kekasihnya belum tentu akan menjaga tetapi ibu dan ayah kandung akan memelihara walau apa pun yang terjadi atau jadi kepada anak.
No comments:
Post a Comment