Spekulasi dalam UMNO – kritikal
Pak Lah akan melepaskan Presiden UMNO. Spekulasi timbul Pak Lah tidak akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden dan persoalan-persoalan seperti ini terus meletakkan UMNO dalam keadaan yang amat mengelirukan. Pergolakan penetapan masa peralihan kuasa terus berlaku dan ini menunjukkan bahawa keadaan UMNO semakin bergolak sehingga keputusan yang lebih spesifik di buat mengenai kedudukan Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia di putuskan dengan segera.
Spekulasi ini seakan di undang oleh kepimpinan tertinggi UMNO. Ada sesuatu yang tidak kena dan sesuatu itu mungkin, penolakan Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan ketahuan kedudukan UMNO yang tidak di terima oleh rakyat serta kebangkitan Anwar Ibrahim sebagai cabaran kuat kepada Barisan Nasional.
Kekeliruan dalam UMNO harus di tangani segera. Ahli UMNO sendiri hairan dan keliru dengan keputusan-keputusan yang di buat oleh Majlis Tertinggi UMNO. Diskusi dan desakan tarikh peralihan kuasa untuk di cepatkan turut mengundang perubahan tarikh pemilihan UMNO. Ini menimbulkan spekulasi negatif di kalangan ahli. Kenapa keputusan MT sejak kebelakangan ini menunjukkan ada demarkasi antara mereka dengan ahli-ahli UMNO. Apakah ahli tidak perlu tahu apa yang sedang berlaku? Ini seolah-olah menunjukkan kepimpinan tertinggi UMNO seakan satu kumpulan tersendiri – membuat keputusan atas kehendak sendiri tanpa rujukan kepada ahli sendiri.
Kedudukan Pak Lah semakin tercabar. UMNO semakin lemah dan seakan sukar untuk dipulihkan. Kepimpinan sudah nampak mempunyai haluan yang berbeza dan kelompok-kelompok mula kelihatan tumbuh. Kedudukan UMNO yang tidak memutuskan sesuatu perkara dengan tepat dan ringkas meletakkan UMNO dalam keadaan yang amat kritikal. Tuduhan ada muslihat dan ada sesuatu yang tidak kena semakin kuat kedengaran dalam UMNO. Ini tidak membantu. Ini bukan tuntutan reformasi dalam UMNO. Ini menunjukkan sikap perbalahan dalam UMNO dan Pak Lah gagal meredakan keadaan ini.
UMNO akan terus tersisih. Ini adalah hasil dari kepimpinan yang semakin lemah dan semakin gagal menunjukkan sikap sebenar dalam menangani sesuatu isu. Apa yang jelas nampak – Pak Lah mula menjadi liabiliti dalam UMNO. Kedudukan Pak Lah yang semakin tersepit nampak jelas bila ada ahli MT yang berani mengatakan bahawa Pak Lah mungkin gagal memperoleh pencalonan yang cukup untuk menjadi Presiden UMNO.
UMNO perlu menerima hakikat sebenar. UMNO sudah nazak. UMNO perlu melakukan sesuatu yang lebih terbuka dan spesifik. Pak Lah harus berani timbul mengatakan bahawa kepimpinannya semakin diragui. Pak Lah harus berani mengakui pada diri bahawa selama ini UMNO nampak apa yang dilakukan olehnya dan siapa yang sebenarnya menghancurkan dirinya dalam UMNO. Persoalan muhasabah diri ini perlu dilakukan untuk kebaikan UMNO. Reformasi dalam UMNO harus dilakukan segera. Kepimpinan yang hadir atas simpati harus digugurkan. Mereka yang bersikap ortodoks – tidak ada sentuhan dengan keadaan sebenar masyarakat dan rakyat harus berundur. Ahli perlu membuat keputusan yang lebih drastik lagi – memilih kepimpinan yang lebih nampak relevan dan sesuai dengan senario semasa.
Sehingga hari ini, UMNO tidak nampak mahu menyelesaikan kekeliruan kerana hanya mahu menjaga muka kepimpinan yang gagal. UMNO masih terus mengelirukan ahli dan ini tidak mendatangkan banyak faedah kepada UMNO di mata masyarakat.
UMNO terus kritikal
http://umno-reform2.com
No comments:
Post a Comment