Mari kita tengok siapa yang kena…
1 September 2008 …hayat kerajaan Barisan Nasional ada 15 hari lagi kalau mengikut kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ayat standard Penasihat PKR itu ia tetap on track .
Sebagai kepala keretapi beliau nampak begitu yakin sekali dapat membawa gerabaknya – barisan pembangkang sampai ke stesyen Putrajaya pada 16 September ini.
Satu dunia sedang menunggu…lebih-lebih pak cik,mak cik,adik kakak dan abang di Permatang Pauh yang percaya habis pilihanraya kecil di situ pada 26 Ogos lalu adalah untuk bagi tiket kepada Anwar jadi Perdana Menteri.
Jadi ke tak jadi? Ini bukan cerita main-main pondok di celah kampong di Cerok Tok Kun.Kalau betul ini cerita sejarah.
Sebuah kerajaan sah yang di undi oleh rakyat menerusi pilihanraya umum mampu diterbalikkan menerusi ‘ pintu belakang’.
Kata Anwar beliau sudah ada the numbers …yakni cukup Ahli Parlimen BN yang nak melompat.
Jangan kata kalangan pimpinan BN sendiri yang tertanya-tanya apa congak yang Anwar nak pakai malah penganalisis politik paling veteran pun mati kutu memikirkannya.
Setakat ini tidak ramai yang nampak kemungkinan itu.
Entahlah mungkin Anwar ada ‘kejutan’ dalam poketnya.
Apapun Anwar sendiri tahu beliau bakal pegang title PEMBOHONG NOMBOR SATU NEGARA …jika 16 September bendera BN masih berkibar di Putrajaya.
” Tak main dah alasan-alasan…kita semua percaya dia nak jadi PM,” kata mat-mat motor di Kubang Semang yang gila-gila round kampong kempen untuknya masa pilihanraya kecil itu.
Diatas ialah gambar ikon countdown Agendadaily menjelang hari yang (kalau betul) amat bersejarah sejak negara kita mencapai kemerdekaaan 51 tahun lalu.
www.agendadaily.com
No comments:
Post a Comment