01 September 2008

Pejuang Islam Manila terus berjuang di bulan Ramadhan

Operasi menentang pejuang Islam diteruskan semasa bulan Ramadan Tentera gempur pejuang MILF

MANILA 31 Ogos - Tentera kerajaan akan meneruskan operasi menentang pejuang pemisah Islam di selatan negara sepanjang bulan Ramadan ini.

"Operasi menentang pejuang pemisah Islam akan diteruskan walaupun pada bulan Ramadan.

"Setakat ini tidak ada arahan supaya kami menghentikan operasi menentang kumpulan Bravo dan Kato,'' kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ernesto Torres menerusi stesen radio tempatan.

Bravo dan Kato merupakan pemimpin kanan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang kembali melancarkan serangan ke atas penduduk dan tentera kerajaan, selepas Mahkamah Agung pada 4 Ogos lalu, membatalkan rundingan damai untuk memberi MILF wilayah autonomi di selatan negara ini.

Menurut Torres, komander tentera telah diarah supaya membuat sedikit "penyesuaian taktikal" dalam operasi mereka, termasuk membantu penduduk Islam di kem pelarian yang hendak pergi ke masjid-masjid.

Dalam pada itu, MILF mengancam untuk menarik diri daripada meneruskan rundingan damai dengan Manila apabila kerajaan menghentikan rundingan mengenai wilayah autonomi yang telah pun dibatalkan oleh Mahkamah Agung.

Ketua perunding MILF, Mohadher Iqbal berkata, pihaknya akan hanya kembali ke meja rundingan jika kerajaan meneliti semula perkara itu, seterusnya menandatangani perluasan wilayah autonomi untuk penduduk Islam.

- Agensi

No comments:

Post a Comment