12 September 2008

Penahanan politik sudah bermula

Raja Petra ditahan di bawah ISA

KUALA LUMPUR: Pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebentar tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh isterinya, Marina Lee Abdullah ditahan di bawah Seksyen 731 Akta ISA, yang membolehkan seseorang itu ditahan selama 60 hari.

"Dia ditahan oleh 10 sepuluh orang anggota polis dihadapan rumah kami (di Sungai Buloh) pada jam 1:10 petang tadi," katanya kepada The Star hari ini.

Jelasnya, polis membawa suaminya meniggalkan rumah mereka pada kira-kira jam 1:50 petang.

"Tapi saya tidak tahu ke mana mereka membawa dia," katanya.

Tambah Marina, polis turut merampas beberapa buah pita dan sebuah komputer dalam

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada tiga buah akhbar tempatan berhubung dengan laporan mereka mengenai perkembangna politik semasa.

Tiga akhbar berkenaan adalah akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra, yang popular dengan panggilan, juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam laman webnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

www.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment