Raja Petra ditahan ISA
KUALA LUMPUR 12 Sept.- Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin ditahan polis di kediamannya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini pada pukul 1.10 petang ini.
Menurut sumber polis, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung beberapa artikel dan komentar pembaca pada laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Pada 5 Ogos lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama tiga lagi agensi Islam membuat laporan polis ke atas Raja Petra ekoran artikel dan komentar pembaca pada laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Laporan polis ke atas laman web dan penulis blog itu turut dilakukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Balai Polis Putrajaya pada pukul 12.30 tengah hari tersebut.
- Utusan
No comments:
Post a Comment