Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi telah kembali bertugas hari selepas bercuti sejak sebelum pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Menurut Imam Besarnya, Abdul Malek Salleh, Ramlang (foto) datang bertugas pagi tadi.
Ketika ditemui di masjid berkenaan, Malek memberitahu Malaysiakini bahawa bahawa Ramlang telah pergi bertemu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut.
Pagi tadi, peguamnya, Ahmad Nizam Hamid juga mengesahkan bahawa Ramlang akan kembali bertugas hari ini.
Ramlang menjadi tumpuan ramai apabila beliau muncul di pentas ceramah Pakatan Rakyat sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk memperjelaskan mengenai kehadiran di majlis sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dilihat oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment