DI TENGAH kerancakan isu peralihan kerajaan yang dicanang oleh 'boss' PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 September ini tiba-tiba muncul pula berita 'terbalik kot' yang mendakwa dua orang MP Pakatan akan melompat ke Umno.
Khabarnya wakil rakyat ini mewakili parlimen di Kelantan. Satu dari PAS dan satu dari PKR.
Menurut blogger 'Kapak Jangak' yang dikendalikan oleh Ramli Abdul Halim, dua ahli parlimen berkenaan akan sertai Umno dan pengisytiharan penyertaan mereka akan dibuat pada 1 Oktober nanti.
Beliau yang juga penerbit akhbar Mingguan Wasilah mendakwa menerima satu panggilan yang memberikan maklumat terpeinci mengenai isu lompat tersebut.
"Pemanggil berkenaan memberikan nama dan biodata penuh kedua-dua ahli parlimen itu dengan seorang daripadanya adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun saya tidak akan menyiarkan nama mereka berdua buat masa ini", dakwa Ramli dalam blognya.
"Faktor yang mendorong kedua-duanya memilih menyertai Umno adalah bagi memastikan kedudukan kerajaan Umno/BN di pusat terus kukuh dan sekaligus untuk menidakkan dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan yang ada akan bertukar tangan kepada PKR dan beliau yang akan jadi perdana menteri", tambah beliau lagi.
Ramli turut mendakwa pemanggil tersebut memberitahu tidak ada sebarang tawaran harga, jawatan atau pujuk rayu dari mana-mana pemimpin Umno negeri atau pusat yang menyebabkan mereka terdorong mahu menyertai Umno.
Sebaliknya keputusan itu dibuat atas pilihan sendiri demi masa depan agama, bangsa dan negara tercinta dan permohonan rasmi untuk menyertai Umno dikatakan telah pun dibuat dan keduanya kini menunggu keputusan sama ada permohonan mereka diterima atau ditolak.
"Dakwanya, selain dari kedua-duanya, beberapa orang ahli parlimen lain lagi, termasuk dari Pas akan turut sertai Umno, malah ada beberapa ahli dewan undangan negeri juga turut akan berbuat demikian", dakwa Ramli lagi didalam blog tersebut.
Beliau turut memberitahu antara faktor wakil-wakil rakyat berkenaan mahu masuk Umno ekoran kenyataan tentang kronisme dan nepotisme yang ditentang oleh Pas selama ini dikakatakan oleh pemimpin tertinggi parti itu bahawa kronisme dimulakan oleh Islam, malah Rasulullah s.a.w. juga dikatakan mengamalkan kronisme.
Kenyataan itu dikatakan amat mengelirukan. Kononnya kalau benarlah kronisme dibolehkan oleh Islam dan Rasulullah s.a.w. juga mengamalkan kronisme, ertinya selama ini Pas menentang Islam dan Rasulullah s.a.w. dalam soal koronisme dan nepotisme.
Sebagai sebuah parti yang dasar dan teras perjuangannya adalah Islam, tidak munasabah kalau apa yang dibolehkan oleh Islam dan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ditentang, malah ianya menjadi sesuatu yang tidak halal untuk ditentang.
Kalau kenyataan itu dibuat oleh tokoh utama semata-mata untuk selamatkan kedudukan sendiri dan orang-orang di sekelilingnya, maka lagilah tidak halal untuk Pas terus disokong dan didukung.
Ramli turut memberitahu pemanggil tersebut memberitahunya, banyak yang Umno/BN buat yang asalnya dianggap tidak boleh dan haram oleh Pas, termasuk dalam soal bekerjasama dengan kalangan bukan Islam kini sudah menjadi sesuatu yang 'boleh' dan halal menjadikan apa yang Umno buat nampak lebih 'makan siku' dengan hukum hakam.
www.klpos.com
No comments:
Post a Comment