Pakatan Rakyat tangguh pelan 16 September, sambut Hari Malaysia esok
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat yang menyasarkan untuk membentuk kerajaan baru 16 September - Selasa ini - akan menyambut Hari Malaysia di Kelana Jaya, Selangor malam esok, dan pada masa yang sama menangguhkan hasrat 'berusia enam bulan' untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.
Menerusi kenyataan yang disiarkan dalam blognya hari ini, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ikatan pembangkang itu bersama Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ Kelana Jaya malam esok.
Program bermula dengan Majlis Buka Puasa dan disusuli dengan ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat - terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP.
Program kemuncak ialah perutusan Anwar sempena Hari Malaysia 16 September.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Anwar itu juga menyebut polis Selangor telah meluluskan permit menganjurkan pertemuan tersebut.
www.mstar.com.my
No comments:
Post a Comment