12 September 2008

Pakatan Rakyat hantar wakil temui MP BN di Taiwan bincang penubuhan negara Malaysia baru

Pemergian Kami Adalah Demi Negara dan Rakyat!

Hari ini, saya berserta sahabat saya akan berlepas ke Taiwan dalam usaha kami untuk menemui ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini telah bersetuju untuk melompat menyertai Pakatan Rakyat di bawah rancangan 16 September. Selain saya adalah Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye; Ketua Penerangan, Tian Chua, dan pakar strategi parti , Saifuddin Nasution.

Keputusan ini telah dibuat dalam mesyuarat biro politik semalam yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Pemergian kami adalah demi negara dan rakyat! Kita doakan agar usaha ke arah reformasi Malaysia baru berjalan lancar.

Salam Reformasi!

www.fuziahsalleh2.wordpress.com

No comments:

Post a Comment