11 September 2008

MP BN dapat RM50,000 seorang pergi Taiwan?



PKR Sabah Minta BPR Siasat Dakwaan Ahli Parlimen Ke Taiwan Terima RM50,000 Seorang

KOTA KINABALU, 11 Sept (Bernama) — Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dakwaan kononnya Anggota Parlimen Barisan Nasional yang menyertai lawatan ke Taiwan masing-masing telah diberi wang saku sebanyak RM50,000.

Ketua Angkatan Muda PKR Sabah, Abdul Razak Jamil, membuat satu laporan di pejabat BPR pada 3.05 petang tadi dengan meminta supaya perkara itu disiasat mengikut Akta Pencegah Rasuah 1997 (Akta 575).

“Walaupun naib pengerusi BNBBC (Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional) Datuk Bung Mokhtar Radin telah nafi tidak ada, kita tidak tahu sebenarnya, jadi BPR perlu siasat,” katanya kepada pemberita selepas membut laporan itu di sini hari ini.

Abdul Razak membuat aduan itu berdasarkan kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dalam akhbar tempatan dua hari lepas kononnya wang saku RM50,000 diberikan kepada mereka yang menyertai lawatan itu. Kedua-dua Anggota Parlimen daripada SAPP tidak menyertainya.

Kumpulan tersebut berlepas ke Taiwan pada Isnin untuk meninjau projek pertanian di negara itu, dan dijadual pulang Rabu depan.

www.bernama.com.my

No comments:

Post a Comment