11 September 2008

30 pelajar sekolah menengah diserang histeria



KOTA BHARU 11 Sept. — Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (2) di Jalan Merbau di sini hari ini kecoh seketika apabila 30 pelajar perempuannya diserang histeria.

Kejadian berlaku pada 11 pagi apabila seorang guru menyapa seorang pelajar tingkatan dua yang dilihatnya dalam keadaan termenung tetapi pelajar berkenaan menjeling tajam ke arah guru terbabit diikuti dengan jeritan dan tangisan beberapa pelajar lain.

Pengetua sekolah Norizam Mohd Zain berkata jeritan dan tangisan beberapa pelajar tersebut kemudiannya merebak ke kelas bersebelahan sehinggalah ia bersahutan ke beberapa blok lain.

“Kami segera menghubungi seorang guru agama daripada sekolah berhampiran untuk meminta bantuan,” katanya kepada pemberita.

Keadaan beransur pulih menjelang Zohor setelah pelajar-pelajar yang diserang histeria itu diasingkan daripada pelajar lain.

— LAGI PELAJAR-HISTERIA 2 (AKHIR) KOTA BAHARU Norizam berkata ramai daripada pelajar yang diserang histeria itu terdiri daripada mereka yang menyertai satu perkhemahan jati diri anjuran sekolah itu di Bukit Kluang, Terengganu, pada akhir bulan lalu.

“Semasa perkhemahan tersebut terdapat beberapa gangguan kecil terhadap pelajar tetapi ia berjaya ditangani,” katanya.

Pengarah Pelajaran Negeri Mohd Ghazali Abdul Rahman turut datang ke sekolah itu setelah dimaklumkan mengenai kejadian histeria itu.

— BERNAMA

No comments:

Post a Comment