AMPANG JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menahan 10 pengemis dalam operasi di bazar Ramadan sekitar Pandan Indah dan Ampang, semalam.
Semua pengemis yang ditahan itu berasal dari Myanmar dan berstatus pelarian yang diberi Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai itu disertai 15 anggota JKM yang dibantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Pegawai Kebajikan Masyarakat Hulu Langat, Abdul Razak Aziz, berkata operasi itu bertujuan membanteras kegiatan mengemis yang semakin menular di negara ini sehinggakan boleh mencalarkan imej negara di mata pelancong.
“Menurut Akta Orang-Orang Papa 1977, mengemis bermaksud apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian sedekah, sama ada atau tidak ada perbuatan pura-pura menyanyi, bermain, berlakon dan menawarkan sesuatu untuk jualan,” katanya.
Abdul Razak berkata, pihaknya akan meminta Mahkamah Ampang mengeluarkan waran bagi penahanan terus pengemis ini seterusnya diserahkan kepada imigresen bagi tindakan lanjut.
“Kami tidak dapat berbuat apa-apa jika pengemis yang ditangkap bukan warga negara. Namun, jika mereka warga negara, kami akan mengenal pasti latar belakang mereka sebelum memberikan bantuan bersesuaian,” katanya.
www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment