24 September 2008

Google lancar telefon bimbit terbaru

NEW YORK 23 Sept. – Syarikat Internet terbesar dunia, Google semalam melancarkan telefon bimbit yang dibangunkan bersama dengan syarikat telekom, T-Mobile, bagi menyaingi telefon bimbit keluaran Apple, iPhone.

Telefon berkenaan yang dikenali sebagai G1, merupakan telefon pertama yang dilengkapi layaran Google menggunakan perisian Android.

Telefon ini akan berada di pasaran Amerika Syarikat pada 22 Oktober ini dan dijual pada harga pengenalan sebanyak AS$179 (RM572) RM64 lebih murah daripada iPhone 3G.

Ketua Bahagian Teknologi dan Inovasi T-Mobile, Cole Brodman berkata, unit ini yang dibuat oleh syarikat Taiwan, HTC, sebagai satu peralatan baru yang akan menguasai pasaran masa depan dalam melayari laman web melalui internet dalam telefon.

Telefon ini yang tebal sedikit, namun lebih kecil daripada iPhone boleh didapati dalam tiga warna putih, hitam dan coklat.

Ia juga dilengkapi dengan Sistem Penentuan Global (GPS) dan kamera dengan 3.0 megapixel, namun ia tidak boleh merakam video.

Ia turut dilengkapi dengan aplikasi Google lain seperti Google Maps, G-Mail serta boleh memainkan video yang terdapat dalam YouTube.

“Google sedang mengukuhkan kedudukan untuk menguasai pasaran peralatan telefon bergerak, namun ia tidak bermaksud menjadi satu lagi pengeluar telefon tetapi cuba menguasai pasaran dalam servis dan aplikasi komputer. – AFP

No comments:

Post a Comment