15 September 2008

Dalam mempersendakan penubuhan kerajaan baru | Umno terus menderita dihantui kejutan yang tidak mereka duga

Perang psikologi Anwar tutup pembohongan

GEORGETOWN: Umno Pulau Pinang menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bermain perang psikologi bagi menutup pembohongannya berkaitan dakwaan peralihan kuasa peringkat Pusat.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim, berkata tindakan Anwar menghantar wakil PKR ke Taiwan adalah semata-mata perang psikologi bagi mengaburi orang ramai terutama penyokongnya.

Beliau berkata, Anwar mahu menggambarkan kepada rakyat negara ini betapa PKR serius berkaitan tanggal 16 September atau 916, sedangkan ia hanya sandiwara politik pemimpin itu semata-mata.

Hakikatnya, kata beliau, tiada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang berada di Taiwan akan menyertai Pakatan Rakyat, malah rombongan itu bukan melarikan diri daripada Parlimen.

"Kalau mahu melompat, di mana-mana pun orang boleh melompat. Tidak semestinya di Parlimen. Di Taiwan pun boleh tapi tiada pun (melompat parti)," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar yang dikatakan kerap menangguh tanggal 916 sebagai tarikh pertukaran peralihan kuasa peringkat Persekutuan.

www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment