Permatang Pauh dan pemilihan UMNO
Kempen sudah bermula – setidak-tidak Anwar Ibrahim sudah memulakannya. UMNO atas nama Barisan Nasional masih mencari kambing mana yang mahu di korbankan di tanah Permatang Pauh – tanah Bekas Ahli Parlimen Wan Azizah Wan Ismail dan kali ini akan ditandingi oleh Anwar Ibrahim. Tolak justifikasi tempang dan remeh konon Anwar Ibrahim mahukan jalan selamat – bukan pejuang dan sebagainya – Anwar Ibrahim tetap akan bertanding di Permatang Pauh.
Siapa yang berani silakan dan Anwar Ibrahim semakin mengganas di sana. UMNO sedar ini bukan satu tempat yang mudah – malah ada yang mengatakan bahawa tempat ini mustahil di menangi oleh BN. Mungkin komen sebegitu adalah komen jujur dan melihat sentimen di sana – PKR akan berpesta dan penyokong yang puluhan malah mungkin ratusan ribu akan berada di sana dalam membantu pilihan raya Pakatan Rakyat. Apa yang mahu kita komen – Anwar Ibrahim akan di tangkap sekitar 2 minggu lagi – Anwar Ibrahim membalas – saya akan bertanding biar dari lokap.
Apa yang kita nampak di sini. Kita nampak Anwar Ibrahim masih diterima dan semakin kuat dalam usaha beliau untuk menjejakkan kaki – hari ini di parlimen dan esok mungkin di Putra Jaya. Mustahil, kata sesetengah mereka yang memberi komen – jawab saya mustahil bagaimana? Sebelum ini juga kita mengatakan mustahil Barisan Nasional khususnya UMNO akan ditolak oleh rakyat – hari ini 5 negeri campur Wilayah Persekutuan tumbang kepada Pakatan Rakyat. Hari ini segala-galanya tidak mustahil Hari ini segala-galanya seakan menjadi buat Pakatan Rakyat dan tidak bagi BN. Tuduhan liwat Anwar hari ini semakin tidak dipercayai kecuali oleh Mukhriz Mahathir dan bapanya Dr Mahathir.
Namun apa yang penting ialah – pemilihan UMNO. Permatang Pauh - pasti BN khususnya UMNO tewas oleh itu kita jangan fikirkan sangat – yang penting kita cuba menang G7. Yang penting kita cuba dapatkan tempat dalam Bahagian dan yang penting kita usaha untuk menang Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Bahagian dan tempat – tempat strategik untuk menjadikan peluang bagi kita buat duit. Mungkin ini senario dalam UMNO. Tanyakan kepada mereka apa yang mereka sibuk sekarang – pasti pemilihan UMNO. Untuk yang lain biar Najib dan mereka yang lain menentukan. Itu masalah mereka bukan masalah kita di peringkat cawangan dan bahagian.
Inilah hakikat yang ada. Inilah yang sebenarnya hasil yang ada dari UMNO dalam membentuk pejuang-pejuang hebat . Inilah hasil yang timbul dari kebanyakan mereka yang bernaung di bawah panji-panji UMNO. Mereka tidak melihat apa yang akan berlaku pada PRU 13 nanti. Mereka mahukan tempat sekarang. Duduk sekejap pasti akan dapat menghimpun harta buat diri – peduli apa perkara lain.
Kedudukan beginilah yang menyebabkan Pakatan Rakyat semakin kuat dan persoalan kenapa Anwar Ibrahim mengambil masa ini untuk mengadakan pilihan raya kecil Permatang Pauh dapat dijawab dengan mudah – kerana ahli UMNO sibuk mencari tempat dalam UMNO.
UMNO perlu sedar – lawanlah Anwar di Permatang Pauh – tetapi UMNO perlukan mereka yang bukan sahaja dari rentetan politik malah lebih terbuka lagi untuk memastikan UMNO relevan pada pemilihan PRU akan datang.
Mungkin kealpaan kita akan membawa kita rapat kepada status baru dalam politik negara ini. Mungkin ini akan merapatkan UMNO dan Barisan Nasional kepada status PEMBANGKANG pada PRU 13 nanti. Mungkin..
www.umno-reform2.com
No comments:
Post a Comment