26 August 2008

Simpan bukti pengundi hantu kerana selama ini BPR nafi bermatian kewujudannya | Polis selama ini memihak kepada Umno

Pengundi hantu: Tiga bas ditemui, pemandu akui bawa pengundi!

PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Hrkh) - Dalam perkembangan terkini, skuad gempur pengundi hantu AMK yang diketuai Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan telah menemui tiga buah bas yang disyaki membawa para pengundi hantu ke Permatang Pauh.

7.30 pagi: Calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengundi jam 9 pagi ini di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang dekat sini selepas hampir 10 tahun terhalang akibat kezaliman Barisan Nasional (BN).

Manakala calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah dijangka akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.

Wartawan Mohd Sabri Said dan jurugambar Mohd Nasir Sudin yang tiba kira-kira jam 7.30 pagi tadi melaporkan pihak polis membuat kawalan ketat, khususnya di tempat Anwar dijadualkan mengundi.

Katanya, pihak polis juga membuat kawalan ketat sejak semalam dan beliau serta pengundi-pengundi terpaksa melalui beberapa sekatan jalan raya untuk tiba di kawasan tempat mengundi.

"Sejak awal pagi lagi sudah sesak dengan penyokong-penyokong kedua-dua parti yang tiba dengan pelbagai bendera, 'banner' dan laungan reformasi bergema begitu kuat sekali," katanya.

Menurutnya, ramai wartawan dan jurugambar media tempatan dan asing sudah berhimpun sejak awal pagi lagi untuk menanti ketibaan Anwar.

"Proses pengundi setakat ini berjalan lancar, kelihatan ramai pengundi sudah tiba di pusat pengundian untuk mengundi," ujarnya.

Harakahdaily difahamkan, menjelang hari pengundian terdapat beberapa keraguan timbul khususnya pada buku daftar undi, antaranya 710 nama pengundi Permatang Pauh pada tahun 2004 didapati hilang.

Khusus di Dun Seberang Jaya, jentera Pilihan Raya KeADILan dan PAS mendapati terdapat sehingga 80 nama didaftarkan dalam sebuah rumah pengundi.

"Selain dari 80 nama dalam sebuah rumah, ada banyak lagi 20 nama, 10 nama dalam sebuah rumah, jumlah ini tidak ada dalam PRU 8 Mac lepas.

"Yang hairannya keraguan ini berpusat di kawasan kubu kuat BN," kata seorang petugas bilik gerakan Pakatan Rakyat.

8.55 pagi:Suasana di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Penanti semakin hangat dengan gelagat orang ramai yang masih menunggu kehadiran Anwar Ibrahim yang dijangka akan membuang undi di pusat pembuangan undi tersebut pada pukul 10.00 pagi nanti.

Kira-kira 100 meter dari pusat pembuangan undi tersebut penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) sedang berkumpul.

Wartawan Intan Abdullah dan Nuha Rahim melaporkan jalan raya menuju ke pusat pengundian itu juga sesak sejak pukul 8.00 pagi lagi.

Kira-kira 100 anggota polis mengawal keadaan di tempat tersebut disamping kelihatan juga anggota FRU serta helikopter yang membuat tinjauan.

Kebetulan pusat pengudian tersebut terletak bersebelahan dengan IPD Kubang Seman.

9.30 pagi: Setakat ini keadaan masih lagi terkawal biarpun penyokong kedua pihak memenuhi kawasan tersebut terutama di bangsal panas yang terletak berhampiran dengan tempat mengundi.

Kereta-kereta yang membawa pengundi-pengundi kelihatan sibuk berulang alik membawa pengundi ke sekolah tersebut.

Suasana di Lebuh raya Butterworth Kulim expressway juga dipenuhi dengan penyokong-penyokong kedua-dua parti.

10.05 pagi: Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 9.40 pagi bersama isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membuang undi.

Beliau yang berkemeja biru dan Wan Azizah yang berbaju kebaya merah jambu disambut sorakan gemuruh penyokong-penyokongnya yang sedia menanti dari awal pagi. Turut mengiringi anak-anaknya termasuk Nurul Izzah.

Anwar kelihatan keletihan dan dipimpin petugas untuk masuk ke bilik mengundi. Keadaan terkawal dan penyokong-penyokongnya melambai tangan ke arahnya.

10.45 pagi: Anwar yang berucap sebaik sahaja keluar dari tempat pengundian menyatakan pilihan raya hari ini bukanlah pilihan raya antara dua calon daripada parti yang berbeza, tetapi pilihan raya antara jentera kerajaan dengan dirinya.

Sementara itu, beliau yang ditanya media mengenai kes liwat yang dihadapinya,

katanya buat masa ini fokus untuk beliau untuk menang dalam pilihan raya ini.

Katanya, perkara tersebut akan diperhalusi selepas pilihan raya berakhir.

Anwar menegaskan, BN sepatutnya sedar dan bangun dari realiti.

Katanya, undi kali ini merupakan undi penentu untuk perubahan dan bukannya untuk menang sebagaimana undi biasa.

Selain itu , katanya masih terlalu awal untuk menjangkakan mengenai jumlah majoriti yang akan diperolehi.

Namun beliau bersyukur dengan sokongan rakyat.

Apa yg penting katanya, semua pihak patut memberi ruang kepada pengundi.

Dalam pada itu katanya, sama ada akan wujud pengundi hantu, beliau menyerahkan kepada skuad gempur pengundi hantu yang dilancarkan oleh AMK semalam.

12.10 tengahari: Seperti diramalkan hujan mula turun di sekitar kawasan pengundian.

12.45 tengahari: Sehingga berita ini di tulis, BN nampak hambar berbanding sokongan dari Pakatan Rakyat.

Di setiap tempat pusat pengundian petugas BN kebanyakan tidak lantang bahkan ramai yang duduk di kerusi di bawah bangsal panas atau berdiri di bawah rimbunan pokok tepi jalan ataupun sekadar berpacak memegang bendera yang tidak bergoyang.

Kaum ibu dilihat lebih suka berborak sesama sendiri bercakap bukan fasal pilihan raya jika di tafsirkan dari raut wajah dan memek mulut yang berkata-kata.

Yang tinggal hanyalah golongan muda yang diimpot itupun beberapa kerat sahaja yang lain berpeluk tubuh seolah menanti sesuatu yang tidak kunjung tiba.

Keadaan sekarang makin panas di mana sepanjang tinjauan yang sempat dilalui mendapati kedua-dua parti rancak berkempen di kiri kanan jalan mencari pengaruh masing-masing.

12.50 tengahari: Beberapa pemerhati melaporkan bahawa wujud ketegangan di pusat pengundian SMK Penanti antara penyokong BN dan KeADILan kerana pondok panas BN dikatakan terlalu hampir dengan pusat pengundian.

Walaupun suasana agak terkawal namun penyokong masing-masing melaung sesama mereka dengan dikawal oleh pihak polis.

12.55 tengahari: Wartawan Intan Abdullah yang sekarang berada di Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu Perai melaporkan berdasarkan pemerhatian setakat ini pengundi saluran satu dan empat belum keluar mengundi.

Keadaan cuaca juga mendung dan hujan mula turun rintik-rintik. Di dapati juga terlalu sedikit bendera dan poster BN yang dipasang berbanding pilihan raya umum sebelum ini.

Pada masa yang sama suasana seolah-olah satu pesta dengan pelbagai gelagat penyokong-penyokong keADILan.

Termasuk si penjual ikan tanpa segan silu memacak bendera di belakang motosikalnya.

Gelagat empat orang anak muda yang mengusung replika pengusung jenazah sambil melaungkan 'kuburkan BN ' menarik perhatian ramai.

1.00 petang: Setiausaha SPR, Dato' Kamaruzaman Mohd Noor berkata sejumlah 44.8 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka sehingga tengahari tadi.

1.15 petang:Terdapat lebih 500 penyokong Pakatan Rakyat di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ.

1.20 petang: Beberapa jalan raya di sekitar kawasan pengundian di Permatang Pauh didapati sesak teruk dan di luar kawalan.

1.32 petang: Hujan telah mula berhenti di beberapa kawasan dan beberapa jalan raya di Permatang Pauh pulih dari kesesakan.

2.00 petang:Sehingga kini, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan bahawa jumlah yang telah keluar mengundi adalah sebanyak 48.44 peratus.

2.20 petang: Jurucakap Mafrel, Ong BK berkata, pihaknya telah mengesan tiga nama yang hilang daripada senarai pengundian pagi tadi.

Katanya, mereka yang tidak dapat mengundi ini telah mengundi dalam pilihan raya yang lalu tetapi tidak dapat mengesan nama mereka dalam senarai pagi tadi.

2.35 petang: Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mahu semua penyokong parti menggunakan motorsikal untuk pergi ke pusat pengundian kerana kesesakan yang teruk hampir semua jalan di Permatang Pauh.

"Daripada beberapa petunjuk kami yakin Anwar akan menang,"katanya.

3.25 petang: Tiga buah bas dijumpai di Lebuh Raya Butterworth-Kulim disusur keluar Penanti.

Menurut Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengetuai skuad gempur pengundi hantu AMK, bas ketiga dijumpai di Plaza Tol Kubang Semang.

Katanya salah seorang pemandu daripada tiga buah bas tersebut mengakui membawa pengundi daripada Melaka.

Katanya, bas yang bernombor plat CDE 1122 memuatkan 44 orang penumpang yang disyaki bukan penduduk tempatan.

Sementara itu, dua buah bas yang tertulis bas persiaran Tong Services dan Star700 Travel yang ditahan oleh skuad gempur pengundi hantu di Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) dan memuatkan 30 dan 20 orang penumpang. Kesemua mereka tidak sempat dibawa ke tempat pengundian.

Pihak polis yang berada di IPTB memberi jaminan mereka akan dibawa ke Balai Polis. Bagaimanapun polis mengatakan mereka bukan pengundi hantu tetapi penyokong dari Melaka. Semua mereka sedang berkumpul di Plaza Tol Kubang Semang.

3.45 petang: Di IPD Seberang Jaya, berlaku kekecohan apabila Gobalakrishnan tidak dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis.

Bagaimanapun Supretendan Batumalai akhirnya membenarkan Gobalakrishnan masuk.

Terdapat lebih 50 penyokong berada di kawasan balai polis. Mereka ditenangkan oleh Gobalakrishnan supaya tidak termakan dengan provokasi polis yang berpakaian preman kira-kira 10 orang.

3.50 petang: Empat buah trak Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU) tiba berhampiran balai polis. Helikopter juga kelihatan berlegar-legar agak rendah. Dua buah bas lagi kelihatan. Peguam Johnson Chong tiba dan cuba menyelesaikan isu tersebut. 4.00 petang: Sementara itu di Mengkuang Titi juga dilaporkan beberapa pengundi hantu telah berjaya dikesan oleh penyokong Pakatan Rakyat.

4.05 petang: Manakala dua buah bas FRU tiba di IPD. Kawasan di sekitar IPD semakin dipenuhi penyokong KeADILan. Mereka ditenteramkan oleh salah seorang AJK jentera pilihan raya dan semua petugas diminta menjaga peti undi masing-masing.

4.20 petang: SPR mengumumkan masa mengundi ditambah kepada satu hingga dua jam.

4.35 petang: Gobalakrishnan kini dibenarkan membuat laporan polis berkenaan pengundi hantu.

www.harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment