26 August 2008

Apa niat SPR menetapkan tarikh undian bukan hari cuti?

Lebih separuh mengundi hingga jam 3

Menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pula, 53.5 peratus daripada 58,459 pengundi keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd Noor juga menafikan ia melanjutkan tempoh pembuangan undi hingga 6 petang.

Pada jam 2 petang tadi, 48.44 peratus atau 28,317 pengundi menunaikan tanggungjawab dalam pilihanraya kecil kerusi parlimen itu yang digelar "ibu segala pilihanraya kecil".

Ia menyaksikan persaingan sengit calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah.

Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) turut memeriahkan persaingan itu.

Kamaruzaman sebelum ini berkata, jumlah itu masih lagi rendah memandangkan hanya ada beberapa jam lagi sebelum pusat mengundi ditutup jam 5 petang.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata, kesesakan lalulintas menyumbang kepada kelewatan pengundi tiba di pusat-pusat mengundi di kawasan parlimen Permatang Pauh.

"Pengundi masih mempunyai masa untuk menunaikan tanggungjawab mengundi dan berharap mereka yang belum berbuat demikian supaya keluar segera," katanya.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya Anwar bertanding.

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment