20 August 2008

Siasat sekarang, jangan mereka lompat parti baru kes mereka timbul

Seorang lagi ahli politik Sabah disiasat BPR

KUALA LUMPUR - Seorang lagi ahli politik kanan Sabah difahamkan sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas dakwaan melakukan rasuah membabitkan hampir RM60 juta.

Difahamkan siasatan terhadap ahli politik itu dimulakan selepas BPR Sabah menerima 23 laporan daripada ketua cawangan sebuah parti politik bulan lepas berhubung perkara itu.

Ahli politik yang disyaki itu ialah bekas pengerusi sebuah syarikat pemaju perumahan.

Sehubungan itu, BPR Sabah telah merampas fail dan dokumen syarikat itu baru-baru ini dan mengambil keterangan beberapa pegawai kanan syarikat tersebut untuk membantu siasatan.

Ahli politik itu dikatakan telah mempengaruhi dan merasuah beberapa anggota Lembaga Pengarah syarikat pemaju perumahan itu, bagi mendapatkan projek perumahan untuk syarikat pembinaan miliknya. - Bernama

No comments:

Post a Comment