28 August 2008

Siapa yang melihat kelibat Nallakarupan, sila laporkan kepada BPR

BPR gagal temui Nallakarupan

PUTRAJAYA 27 Ogos - Badan Pencegah Rasuah (BPR) masih gagal mendapatkan keterangan daripada Datuk S. Nallakarupan berhubung kenyataannya yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima RM60 juta daripada syarikat perjudian Magnum Corporation Berhad.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya menghubungi bekas sahabat Anwar itu sejak beberapa hari lalu, tetapi gagal.

''Saya sudah beri arahan kepada pegawai saya (supaya menghubungi Nallakarupan). Kita sedang hubungi dia tapi belum dapat lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada BPR sudah meminta Nallakarupan tampil memberikan keterangan berhubung pendedahan yang dibuatnya Sabtu lepas.

Katanya, BPR perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan Nallakarupan itu bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Sabtu lalu, Nallakarupan yang pernah menjadi Pengarah Perhubungan Awam Magnum mendedahkan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pernah menerima RM60 juta daripada syarikat itu.

Nallakarupan membuat dakwaan

www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment