Permatang Pauh – lautan manusia singgah untuk PR
Ini paling hebat. Lautan manusia hadir untuk membantu jentera pilihan raya dan PKR dari Pakatan Rakyat nyata lebih menyerlah. Hairan kenapa sumpah Saiful tidak mengurangkan mereka yang hadir untuk menyambut Anwar?
Apa pun kami berusaha untuk meneliti laman web UMNO untuk mendapatkan gambar-gambar dan perkembangan terbaru mengenai Permatang Pauh, namun gagal. Tidak seperti laman web PKR dan laman web sementara mereka mengenai Permatang Pauh – cukup dengan berita terbaru – web TV dan petikan ceramah. Ini cara mereka sedang UMNO sekiranya dilihat gagal seperti biasa dalam arena ini. Mungkin ada tetapi sehingga kini gagal kecuali 1 gambar yang kelihatan ada.
Nilai kedua-dua gambar ini – dan UMNO perlu sedar kekuatan pengaruh Internet dan menilai setakat mana kekuatan UMNO dalam media baru yang akan menjadi media utama dunia. Setakat ini – perang siber sendiri menunjukkan kegagalan UMNO berbanding dengan penyokong PKR dan Pakatan Rakyat.
www.umno-reform2.com
No comments:
Post a Comment