15 August 2008

Sah, pelajar UiTM diperguna Umno | Jika perhimpunan sebegini tiada permit polis perlu bertindak seperti biasa mereka lakukan terhadap pembangkang

5,000 pelajar UiTM Permatang Pauh bantah

BUKIT MERTAJAM: Hari ini kira-kira 5,000 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Permatang Pauh pula mengadakan perhimpunan aman memprotes cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.

Kumpulan penuntut itu yang turut memakai pakaian serba hitam diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu, Mohd Faizal Zainol di Padang UiTM Permatang Pauh sejak pukul 9 pagi selama sejam sambil menyanyikan lagu rasmi universiti serta lagu patriotik seperti ’Anak Kecil Bermain Api’.

Mereka turut membawa pelbagai sepanduk bertulis ’Hidup Melayu’, ’UiTM Milik Melayu’ dan ’Jangan Jual Bangsa Melayu’ sambil melaung-laungkan kemarahan terhadap Abdul Khalid.

Perhimpunan itu berakhir selepas Mohd Faizal menyerahkan memorandum yang ditandatangani mereka kepada Timbalan Pengarah Bahagian Akademik UiTM, Dr Mohd Abdullah Hemdi.

Mohd Abdullah memberitahu pemberita bahawa memorandum itu akan diserahkan kepada Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah untuk dikumpulkan sebelum diserahkan kepada Menteri Besar Selangor...

- Bernama

No comments:

Post a Comment