15 August 2008

Pelajar UiTM perlu kenal Ibrahim

Hang Buka Restoran Nasi Kandaq Sudahlah

Teman telah meninggalkan UITM (dulu ITM) pada tahun 1986. Masa tu Pak Rashid jadi Vice Chancellor...kira OK jugalah. Ramai kawan-kawan teman dah jadi somebody dalam lapangan kewartawanan. Manja tu senior teman setahun. Lain-lain macam Camp, Saiful Azhar, Rashid Gergak (kerja dengan KJ sekarang), Roy (nama singkat boroi) dan Lee Kau tu semua satu batch dengan teman tapi lain kursus. Teman ambil course building...he he. Sebab tu tulisan teman tak prolific macam dema tu...

Di antara ramai rakan-rakan di ITM course mass comm tu teman admire sorang ni. LanH. Sekarang ni dia salah seorang kolumnis Harakah. Di ITM teman selalu bercampur dengan dia. Kita orang panggil dia Rock. Menarik tentang LanH ni ialah kehidupannya yang serba sederhana. Teman masih ingat dalam locker dia cuma ada 2 3 helai baju dan seluar...dan yang pasti satu set baju melayu warna hitam. Bila ditanya, "buat apa baju melayu cantik siap dengan samping tergantung rapi?"....dengan selamba dia jawab..."Bila grad nanti aku pakailah."

Dia memang betul-betul Rock...lepas ITM dengar khabonya dia terus berkerja dengan Berita Harian...berulang dari Semabok tiap-tiap hari dengan bas...kemudian ke luar negara cover berita luar negeri...tahu-tahu dia dah berhenti dan join Harakah. Teman dapat tahu dari anak saudara teman dia berhenti BH sebab tak setuju BH published keputusan nombor ekor... Hebat kawan teman ni...

Sebagai bekas penuntut ITM teman agak tersentak bila tengok reaksi Vice Chencellor, Ibrahim Abu Shah terhadap jolokan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. "Hmm nasib baiklah masa aku kat sana dulu bukan mamat ni jadi Vice Chancellor...." Kata hati teman. Buat malu kaum aje....

Tak jauh beza Ibrahim ni dengan si Nordin Kordi. Macam Labu Labi saja. Teman dok melayari website 20 Top University in The world http://www.topuniversities.in/ dan membaca tiap-tiap satu biography head honcho mereka dan mendapati taraf mereka ni jauhlah dari peneraju universiti kita terutama sekali UITM dan UUM. Baca ni sebagai contoh... http://www.president.harvard.edu/, http://www.mcgill.ca/principal/munroe-blum/, http://www.u-tokyo.ac.jp/gen01/b01_01_e.html

Teman ambil satu petikan bertajuk Reviving the importance of knowledge yang menjadi tema mesej President of The University of Tokyo.

With its large population and limited land area, Japan has had to face many problems that other countries are now confronting in the twenty-first century: limited natural and energy resources, waste and environmental problems, population aging and so on. The challenge for the University of Tokyo today is to transform that experience into knowledge that can be used by the whole of humanity, and to nurture individuals with a cosmopolitan outlook able to transmit that knowledge to the world.

As President of the University of Tokyo, it is an honor to lead this global institution at such an exciting and challenging time. I hope that you will join us in our mission of reviving the importance of knowledge, bridging the divisions of knowledge that hinder modern society, and creating a truly global learning and research environment for the next generation.

Sementara Ibrahim masih dengan mentaliti 'hak ketuanan melayu' yang tidak berkesudahan, Hiroshi Komiyama mempunyai visi yang lebih jelas bagi universiti yang dipimpinnya iaitu "to transform that experience into knowledge that can be used by the whole of humanity, and to nurture individuals with a cosmopolitan outlook able to transmit that knowledge to the world."

Sedangkan isu yang Ibrahim cuba pertahan dan perjuangkan telah dikhianati oleh tuan beliau sendiri iaitu UMNO sejak sekian lama lagi. MRSM telah terbuka untuk bukan bumiputera untuk kesekian tahun, JPA telah 40% terbuka untuk bukan melayu...kontrak-kontrak yang dianugerahkan kepada bumiputera telah dialibabakan oleh kontraktor UMNO, biasiswa telah ditiadakan, tanah reserve melayu telah berkurangan dan macam-macam lagi....Apa Ibrahim buat?

Hang Ibrahim kena pikiaq...bila students hang keluaq besok depa tu nak kerja dengan kompani melayu saja ka? Chek nak tanya berapa banyaklah kompani melayu kat Malaysia ni yang besaq dan berjaya. Yang lain tu semua hak Cina..hak India....hak Mat Salleh...student hang macamana?

Teman rasa Ibrahim lebih baik hang bukak restoran nasi kandar. 'Nasi Kandar Ibramshah hang punya ka?'

www.kopitiam-bang-nan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment