19 August 2008

Musa Hassan di ICU

Musa jalani pembedahan jantung

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah berjaya menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Difahamkan, beliau sedang pulih dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Menurut laporan Star Online, Musa, 57, telah dinasihatkan menjalani pembedahan tersebut ekoran pemeriksaan rutin di IJN minggu lalu.

Menurut laporan itu lagi, para doktor tidak membenarkan sesiapapun menziarahi beliau.

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment