01 August 2008

Kerana takut kalah, Ezam yang sebelum ini mengatakan dirinya paling layak cuba mengalih kepada tokoh lain pula

Ezam berjanji untuk bertempur dengan Anwar

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor berjanji untuk bertempur dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim habis-habisan tidak kira sama ada beliau dicalonkan pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh atau sebaliknya.

Jelas beliau, keputusan untuk beliau bertanding atau tidak terpulang kepada pucuk pimpinan parti, UMNO negeri dan UMNO Bahagian Permatang Pauh.

''Siapa pun yang akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) adalah tidak penting.

''Yang penting ialah saya akan berada di barisan hadapan untuk berdepan dengan Anwar demi menegakkan kebenaran dan keadilan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau sebelum ini mengumumkan bahawa beliau bersedia untuk bertanding melawan Anwar dalam mana-mana pilihan raya kecil yang akan diadakan.

''Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan terdesak,'' kata Mohamad Ezam.

Tambah beliau, Anwar yang kini menghadapi proses undang-undang berhubung dakwaan liwat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sepatutnya membuktikan dakwaan itu adalah tidak benar.

Dengan cara mengumumkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil, jelasnya, Anwar seolah-olah memaksa rakyat untuk terlibat dalam proses beliau membuktikan kebenaran.

''Anwar kini memilih saluran demokrasi untuk mengalihkan pandangan rakyat berhubung kes jenayah yang dihadapinya,'' katanya. kes jenayah yang dihadapinya,'' katanya.

www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment