15 August 2008

Hukuman mati pengebom Bali menyelesaikan urusan mahkamah tetapi dijangka akan meningkatkan keganasan

Pengebom Bali Semakin Hampir Jalani Hukuman Mati, Keselamatan Penjara Dipertingkat

JAKARTA, 14 Ogos (Bernama) -- Langkah-langkah keselamatan di Pulau Nusakambangan di Jawa Tengah kini dipertingkatkan ketika pesalah dalam peristiwa pengeboman Bali, Amrozi et al semakin hampir menjalani hukuman mati, kata seorang pegawai penjara tempatan.

Keselamatan di sekitar Nusakambangan di mana Amrozi et al dipenjarakan terus diperketat ketika beliau semakin hampir menjalani hukuman dijangkakan sebelum Ramadhan (September), kata ketua hal ehwal pemulihan di pejabat undang-undang dan hak asasi manusia Jawa Tengah, Bambang Winahyo pada Khamis.

Winahyo disebut Antara sebagai berkata ketua Institut Pemulihan Batu Nusakambangan, Sudijanto telah mengeluarkan pekeliling pada 11 Ogos, yang melarang nelayan tempatan menangkap ikan di perairan sekitar pulau itu atas sebab-sebab keselamatan.

Ditanya mengenai tarikh hukuman, ia sedang ditetapkan, kata beliau.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment