Terus jadi sarang histeria
KUANTAN - "Aku nak balik, bagi aku balik rumah aku." Demikian bentak seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur dekat sini semasa diserang histeria dalam kejadian terbaru antara pukul 10 pagi hingga 1.40 petang semalam.
Apa yang dibentak itu dipercayai bukan permintaan pelajar tersebut sebaliknya 'suara makhluk halus' yang dipercayai meresapi pelajar itu ketika diserang histeria.
Semalam merupakan hari pertama persekolahan setelah pelajar cuti semester seminggu.
Sebelum ini, pelajar yang terbabit histeria telah dibenarkan cuti seminggu lebih awal.
Kejadian terbaru itu berlaku di dalam kelas apabila pelajar tersebut mengamuk secara tiba-tiba dan sempat memecahkan beberapa cermin tingkap yang terdapat di dalam kelas dengan menggunakan kerusi.
Sambil mengeluarkan suara keras seperti seorang wanita tua, dia turut bersikap agresif dan melawan sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya daripada menuju ke kawasan belakang bangunan sekolah.
Walaupun cuba dihalang, pelajar terbabit tetap melawan dan berkeras untuk menuju ke belakang bangunan sambil menjeling tajam di sebalik rambut yang menutupi wajahnya ke arah lensa kamera Kosmo!
Lebih mengejutkan, dia juga turut memecahkan pintu surau dengan hanya menggunakan tangan kosong tanpa sedikitpun mengalami sebarang kecederaan.
Disebabkan terlalu agresif, pelajar terbabit akhirnya tidak lagi dihalang, sebaliknya diiringi beberapa guru serta anggota polis serta petugas Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) menuju ke belakang bangunan dan kemudian mula berkelakuan lebih aneh seperti sedang membuka 'pintu rumah' sambil membentak:
www.kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment