26 August 2008

Alasan pilihanraya ganas untuk tutup malu Umno kalah sedangkan tiada siapa yang cedera

KUALA LUMPUR - Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh adalah pilihan raya yang paling 'agresif dan ganas' pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau turut menyifatkan pilihan raya kecil itu sebagai luar biasa kerana insiden-insiden yang berlaku semasa kempen pilihan raya berlangsung sejak hari penamaan calon pada 16 Ogos lalu.

Katanya, sepanjang tempoh berkempen, sebanyak 70 laporan polis dibuat dan 26 daripadanya sedang dalam siasatan.

"Jika ini terus berlaku, ia tidak sihat dari segi perkembangan demo- krasi kita," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini semalam.

Katanya, sebahagian besar laporan yang dibuat itu adalah terhadap penyokong pembangkang dan antara kesalahan yang dilaporkan termasuk kekerasan, mengancam orang, menyekat orang berkempen, menjatuhkan poster dan menggunakan bahasa kesat.

Katanya, seramai 5,000 anggota polis juga telah dikerahkan bertugas semasa pilihan raya kecil itu berlangsung.

www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment