Dua anggota polis ditahan ekoran kehilangan bahan bukti dadah
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff hari ini mengesahkan bahawa dua anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan sejumlah dadah dari bilik bahan bukti, Jumaat lepas.
Beliau berkata kedua-dua anggota itu yang ditahan pada Jumaat dan Sabtu lepas kini direman seminggu bagi memberi keterangan mengenai kejadian berkenaan.
“Cukup saya katakan kita telah menahan dua anggota polis. Saya sahkan mereka ditahan untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Menurutnya pihaknya juga mengesahkan laporan polis berhubung kehilangan dadah berkenaan dibuat oleh Jabatan Narkotik Johor pada Jumaat lepas dan kehilangan dadah itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata pihaknya bagaimanapun tidak boleh menjelaskan butiran lanjut kehilangan dadah itu bagi mengelak prejudis memandangkan dadah berkenaan sebahagian eksibitbahan eksibit yang masih dalam perbicaraan.- BERNAMA.
No comments:
Post a Comment