Exco Perak saman media, BPR
IPOH 25 Ogos – Exco Pelancongan dan NGO Perak, Kapten (B) Osman Mohd. Jailu dan Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Pertanian, Jamaluddin Mohd. Radzi memfailkan saman malu RM100 juta terhadap akhbar The Star dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pagi ini.
Saman itu dikemukakan berikutan kenyataan BPR yang disiarkan akhbar berkenaan yang antara lain memperincikan beg dan wang tunai RM100,000 milik Osman dan tangkapan dikatakan dibuat di sebuah hotel.
Ketua Panel Peguam yang mewakili Exco daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Mohd. Asri Osman berkata, kedua-duanya menyaman akhbar The Star atas arahan ibu pejabat PKR. – Utusan.
No comments:
Post a Comment