Blogger Penarik Beca ditahan polis
Updates: Bakar di bawa ke Pejabat Jenayah Komersil, Bukit Aman menurut blogger Jiwo Kelate yang berhubung dengan keluarga beliau.
Hari ini jam 2 petang, kita akan berkumpul di hadapan Pejabat Jenayah Komersil, Bukit Aman (berhampiran dengan Bank Negara) untuk menyatakan sokongan kepada Penarik Beca. Semua dijemput hadir. Sebarkan.
Posting Asal:
Blogger yang menggendalikan blog Penarik Beca, ditahan polis malam tadi.
Menurut isterinya, empat orang polis datang kerumah mereka dan menahan Bakar (nama sebenar Penarik Beca) bersama-sama dengan telefon bimbit dan laptopnya.
Hanifah Maidin, peguam yang akan mewakili Bakar menghubungi polis sebentar tadi dan disahkan bahawa Bakar a.k.a Penarik Beca ditahan dibawah Akta Hasutan.
Kepada rakan-rakan blogger dan pembaca blog, marilah kita menyatakan sokongan kepada Bakar dan tidak akan tunduk diatas segala tekanan yang diberikan oleh pemerintah terhadap blogger!
http://aminiskandar.wordpress.com
Hasutan: Penulis blog ditahan polis
Penulis blog Abu Bakar A Rashid ditahan dan disiasat bawah Akta Hasutan, dipercayai berhubung bahan-bahan tulisan di lamannya 'Penarik Beca' (www.penarikbeca.blogspot.com).
Abu Bakar, seorang wartawan sambilan, ditahan di rumahnya di Gombak menjelang tengah malam tadi oleh sekumpulan anggota polis, kata peguamnya Mohamad Hanipa Maidin.
Penulis itu, yang juga dikenali Bakar Haq, kemudian dibawa dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur hingga saat ini.
"Saya cuba menemui Abu Bakar tetapi tidak berjaya kerana pegawai penyiasat tidak membenarkan atas alasan masih dalam siasatan,” kata Mohamad Hanipa kepada Malaysiakini.
Polis sebelum ini pernah menahan beberapa penulis blog termasuk pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin bagi siasatan bawah akta yang sama.
www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment