20 August 2008

Bagaimana pasport yang berada di dalam tangan BPR boleh terlepas kepada Michael Chia?

Siapa Bebaskan Michael Chia?

Oleh: 'Deep Throat' Sabah

Pembebasan Michael Chia, adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman oleh Mahkamah Tinggi Hong Kong pada petang isnin mengejutkan banyak pihak terutama Interpol yang telah berusaha menjejak kegiatan haram Michael sejak tiga tahun lalu.

Menurut maklumat, Michael Chia yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong atas tuduhan Penggubahan Wang Haram dan Penyeludupan Wang telah dibebaskan dengan ikat jamin dengan deposit tunai berjuta ringgit (jumlah sebenar tidak diketahui) di samping mengemukakan dua orang penjamin tempatan.

Seorang warganegara Malaysia dan mendapat taraf penduduk tetap Hong Kong, Mr V @ Ngui yang dianggap sebagai 'Taiko Tai' (Abang Besar) bagi pembalak di Sabah memainkan peranan penting membayar jaminan dan mengemukakan dua orang penjamin tempatan setelah akaun bersama Michael Chia dan Musa Aman dibekukan serta merta dan wang yang diseludup keluar dirampas.

Mr V menjadi pakar rujuk bagi warganegara Malaysia di Hong Kong kerana sikapnya yang peramah dan banyak membantu pembalak (halal dan haram) mendapatkan pendahuluan tunai atau pinjaman tanpa cagaran dan hanya memotong pinjaman berkenaan setelah pembalak mengeksport kayu balak kepadanya.

Antara taukeh balak yang pernah mendapatkan pinjaman khas daripada Mr V termasuklah Datuk Admund Looi, Andrew Lim dan John Nip.

Pembebasan Michael Chia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dan memberi kata kunci kepada BPR untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia bagaimana pasport yang berada di dalam tangan BPR boleh terlepas kepada Michael Chia yang amat dikehendaki oleh polis Hong Kong dan Interpol?

Petang tadi (Selasa 19 Ogos 2008), Michael Chia kelihatan bangga memandu Lamborghininya setelah jet peribadinya mendarat di Lapangan Terbang Sandakan, seolah-olah tidak berlaku apa-apa sekalipun ditahan selama empat malam di lokap Balai Polis Hong Kong.

Musa Aman yang gelisah dengan berita penangkapan itu semakin gelabah kerana diwawancara beberapa wartawan, namun menafikan beliau terlibat sebaliknya mendengus bahawa beliau kini tahu siapa 'Deep Throat' Sabah yang menulis berita berkenaan!

www.malaysia-today.net

No comments:

Post a Comment