Arif Shah terima kekalahan dengan hati terbuka
BUKIT MERTAJAM 26 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah menerima kekalahannya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan hati terbuka dan berjanji untuk terus memberi perkhidmatan kepada penduduk kawasan itu.
Walaupun kecewa dengan keputusan itu, Arif Shah berkata, kekalahan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus memberi khidmat seperti yang dijanjikan sepanjang kempen pilihan raya lalu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata, kesempatan menjadi wakil rakyat akan digunakannya untuk membetulkan segala dakyah yang dilemparkan kepada kerajaan.
``Saya sudah berusaha sedaya upaya dan seluruh jentera BN juga sudah bekerja keras dengan sedaya upaya. Akhirnya ini keputusan pengundi, jadi kita kena terima.
``Saya masih wakil rakyat dan akan terus bekerja seperti biasa, bukan sahaja di Seberang Jaya, tetapi juga di dua lagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Permatang Pauh,'' katanya pada sidang akhbar di sini malam ini. - Utusan
No comments:
Post a Comment