KUALA LUMPUR 5 Ogos _ Seorang lelaki warga Liberia anggota sindiket wang palsu, yang menyerang polis dengan parang mati ditembak oleh polis dalam kejadian di Puchong dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong berhampiran kilang DHL itu, seorang lagi lelaki ahli sindiket kumpulan yang sama cedera parah manakala seorang wanita diberkas.
Sebelum kejadian itu, kesemua tiga suspek itu dikatakan sedang menunggu pelanggan sebelum didatangi sepasukan anggota polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, apabila polis memperkenalkan diri dan cuba menahan mereka, suspek menyerang anggota polis dengan sebilah parang.
Beliau memberitahu, keadaan itu memaksa anggota polis melepaskan tiga das tembakan ke arah mereka yang mana dua daripada tembakan itu terkena pada dua suspek. - Utusan
No comments:
Post a Comment