31 July 2008

UM jemput tokoh yang menghancurkan negara Islam, Tony Blair

Tony Blair Akan Sampaikan Kuliah Di UM Pada Jumaat

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair akan menyampaikan kuliah mengenai "Rule of Law and Good Governance" (Pemerintahan mengikut Undang-undang dan Urus Tadbir Baik) di Universiti Malaya (UM), Jumaat ini.

Menurut kenyataan media dari Pejabat Perhubungan Antarabangsa dan Korporat UM, kuliah itu bersempena Kuliah Undang-undang ke-22 Sultan Azlan Shah, yang dimulakan pada 1986, oleh pusat pengajian undang-undang perintis Malaysia, Fakulti Undang-undang UM.

Blair yang menjadi Perdana Menteri dari 1997-2007, kini berkhidmat sebagai wakil Timur Tengah bagi pihak Quartet terdiri daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Russia dan Kesatuan Eropah, dalam membantu rakyat Palestin mewujudkan sebuah negara, dalam usaha antarabangsa bagi keamanan.

Beliau baru-baru ini membentangkan laporan berjudul 'Breaking the Climate Deadlock' yang menggariskan kerangka bagi rancangan global untuk masa depan yang mempunyai karbon yang rendah.

Siri Kuliah Undang-undang Sultan Azlan Shah anjuran UM itu, diwujudkan bagi menghormati Baginda Sultan Azlan Shah kerana sumbangan cemerlang baginda tidak saja dalam kemajuan undang-undang Malaysia tetapi juga pendidikan undang-undang di negara ini.

Ia merupakan tidak saja kemajuan signifikan di Malaysia, tetapi juga mendokumen rupa bentuk common law yang hidup, yang menerapkan sifatnya yang vibran dan cergas dalam penyesuaian dengan keadaan semasa.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment