09 July 2008

Ulama mana Ezam jumpa ? | Selepas masuk Umno, sudahkah melawat TG Nik Aziz ?

Ezam ketuai badan serantau pembaharuan ummat Islam Malaysia-Indonesia

BEKAS Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor akan mengetuai badan serantau untuk pembaharuan dan pembanggunan ummat Islam di Malaysia dan Indonesia yang akan diumumkan secara rasmi minggu hadapan.

Sumber memberitahu KLpos.com, Ezam kini berada di Jakarta dalam rangka kerja persiapan akhir penubuhan sekteriat tersebut.

KLpos.com, difahamkan antara anggota badan tersebut adalah ulama, intelektual, ahli politik dan aktivis muda di Malaysia dan Indonesia.

Ezam yang baru-baru ini menyertai UMNO, di percayai akan menjadi pengerusi sekteriat tersebut.

Sementara itu, KLpos.com turut difahamkan, Ezam Mohd Nor akan memilih kaedah Islam untuk menjelaskan segala fitnah yang dilemparkan kepada beliau sejak-sejak akhir-akhir ini.

Sumber memberitahu, Ezam melihat gejala fitnah semakin berleluasa di kalangan ummat Islam di Malaysia dan jalan terbaik untuk melawannya ialah dengan kaedah Islam.

"Ezam akan pulang dari Jakarta hujung minggu ini dan difahamkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan beberapa ulama untuk meminta nasihat dan panduan dari mereka," kata sumber tersebut.

Yang pasti, kata sumber tersebut, Ezam akan mempertahankan diri dan maruahnya daripada fitnah jahat yang banyak disebarkan akhir-akhir ini.

http://klpos.com

No comments:

Post a Comment