08 July 2008

Ulama lama kelihatan lebih tajam fikiran dan berpandangan jauh

Selesaikan dakwaan liwat Anwar ikut perundangan dulu – Nik Aziz

KOTA BHARU 7 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berpendapat adalah lebih wajar isu dakwaan liwat yang membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diselesaikan mengikut prosedur perundangan terlebih dahulu sebelum Anwar bersumpah.

“Kalau ada prosedur lain, lakukan dahulu yang lain itu, pihak mahkamah tentu tahu apa yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Menurut Nik Aziz, bersumpah atau bermubahalah merupakan langkah paling akhir yang perlu dibuat selepas proses perundangan dijalankan.

Ketika ditanya sama ada beliau bersedia memenuhi jemputan untuk menjadi orang tengah majlis bersumpah melibatkan Anwar, Menteri Besar Kelantan itu berkata, buat masa ini tidak perlulah beliau menjadi orang tengah.

“Saya sekadar beri buah fikiran dan apa yang saya fikirkan ialah biarlah ia mengikut prosedur yang ada terlebih dahulu.

“Bersumpah adalah langkah yang terakhir,” katanya ketika mengulas cadangan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menyarankan Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar bermubahalah sebagai jalan penyelesaian kepada isu liwat itu yang kini menjadi tumpuan nasional.

Anwar semalam dilaporkan bersedia bersumpah tetapi secara peribadi beliau berpegang pada pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.

www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment