Umat Islam dijangka mula puasa 1 Sept
PUTRAJAYA 7 Julai – Umat Islam di negara ini dijangka mula ber puasa pada Isnin, 1 September manakala Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 1 Oktober.
Jurucakap Unit Penyelidikan Il mu Falak dan Sains Atmosfera Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, jika tarikhnya begitu, umat Islam akan berpuasa selama 30 hari.
Bagaimanapun, beliau menegas kan bahawa tarikh sebenar puasa dan Hari Raya Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.
Menurut jurucakap itu, pada 29 Syaaban bersamaan 31 Ogos, ke dudukan bulan memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampak kan) iaitu umur bulan melebihi lapan jam selepas ijtimak manaka la ketinggian bulan melangkaui dua darjah.
Kata beliau, pada hari itu juga jarak lengkung bulan dan matahari melebihi tiga darjah dengan bulan akan berada di atas ufuk selama 14 minit.
‘‘Dengan kedudukan bulan me menuhi kriteria Imkanur-rukyah, maka 1 Ramadan 1429 Hijrah ja tuh pada Isnin 1 September 2008,” kata jurucakap itu ketika dihubungi di USM hari ini.
www.utusan.com.my
No comments:
Post a Comment