03 July 2008

Tuduhan yang sangat berat ke atas Najib, Pak Lah perlu tubuh suruhanjaya diraja untuk menyiasat secara bebas tanpa tekanan

Anwar dedah Najib punyai hubungan dengan Altantuya

KUALA LUMPUR, 3 Julai (SK) - Penyiasat persendirian, Balasubramaniam Perumal hari ini mendedahkan Timbalan PM telah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan pagi ini, Balasubramaniam telah memberikan beberapa butiran yang menunjukan hubungan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak bersama dengan Altantuya.

Beliau turut mendedahkan Najib Razak telah memperkenalkan Altantuya kepada Penganalisa Politik, Razak Baginda di satu pameran berlian di Singapura.

Namun apa yang menggemparkan adalah: Najib pernah menyetubuhi mangsa. Menurut Balasubramaniam, siasatan beliau mengesahkan berlakunya hubungan seksual diantara Timbalan Perdana Menteri itu dan mangsa.

www.suarakeadilan.com


Sebelum ini: Rosmah menafikan pembabitannya

No comments:

Post a Comment