14 July 2008

Tiada perhimpunan haram di hadapan bangunan Parlimen

KUALA LUMPUR 14 Julai – Tiada perhimpunan haram dilaporkan berlaku di hadapan bangunan Parlimen sehingga pukul 10 pagi ini.

Suasana tenang dan terkawal di sekitar kawasan Parlimen dengan kira-kira 300 polis mengawal setiap laluan masuk ke bangunan itu.

Kawalan ketat dilakukan pihak polis termasuk terhadap petugas media yang membuat liputan di Dewan Rakyat.

Hanya ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen dibenarkan masuk.

Wartawan yang ditugaskan membuat liputan di Dewan Rakyat hanya dibenarkan masuk kira-kira pukul 10.10 pagi. - Utusan

No comments:

Post a Comment