09 July 2008

Tentera dan pemisah terus bunuh membunuh di selatan Thailand

Pemisah bakar suami isteri

Anak lelaki mangsa dapat lari

BANGKOK: Sepasang suami isteri Buddha didakwa ditembak dan dibakar oleh pemisah di Pattani, semalam.

Keganasan semakin meningkat di Pattani, antara tiga wilayah Selatan Thailand yang dilanda keganasan.

Jurucakap polis berkata, anak lelaki pasangan berkenaan yang berusia 14 tahun, tidak dicederakan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.45 pagi di Kampung Jokbanae di daerah Mayo.

Katanya, Naichatcawarn Sornjamnont, 40, sedang menunggang motosikal untuk menghantar isterinya Nangampai, 36, yang bekerja di sebuah kilang perabot getah dan anak lelaki mereka ke sekolah.

"Empat lelaki bersenjata yang menunggang dua motosikal menahan mereka dan menembak pasangan itu di kepala. Mereka kemudian menyimbah petrol ke atas suami isteri itu sebelum menyalakan api. Bagaimanapun, remaja itu berjaya melarikan diri," katanya.

Pasangan itu mempunyai dua lagi anak berusia 10 dan enam tahun.

Kelmarin, dua anggota tentera yang mengiringi pelajar sekolah mati ditembak dan tiga pelajar cedera apabila penyerang melancarkan serang hendap ke atas sebuah bas sekolah di daerah Nong Chik di Pattani manakala tiga orang beragama Islam terbunuh malam Ahad lalu. - Bernama

No comments:

Post a Comment