Ketua AMK beri keterangan di Bukit Aman, minta Najib juga disiasat
Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin yang dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman hari ini berhubung kes laporan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak mahu Najib juga disiasat.
"Saya dihubungi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, iaitu ASP Awang dan Suhana memaklumkan mereka mendapat arahan untuk merekodkan keterangan saya susulan laporan polis yang AMK buat pada 4 Julai lalu di Dang Wangi.
"Ini laporan terhadap Najib susulan akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, dan mereka maklumkan mereka ingin memulakan siasatan dan saya rakamkan terima kasih kepada polis sebab nak rakam keterangan saya," katanya.
Selepas keterangan yang diberi hari ini, Shamsul Iskandar juga mendesak polis merekodkan keterangan Najib serta merta. "Ini akuan bersumpah ini bukan tuduhan biasa. Ada beban berat dari segi undang-undang iaitu aspek'law evidence' (bukti undang-undang),
"Saya mendesak mereka untuk lakukan siasatan pada kadar segera dan menyeluruh ke atas Najib terhadap isi kandungan akuan bersumpah Bala," ujarnya lagi ketika mengadakan sidang media di hadapan JSJ Komersil Bukit Aman dekat sini sebentar tadi.
Turut mengiringi beliau ke JSJ Bukit Aman ialah, Naib Ketua AMK, Khairul Anuar Zainuddin (Jonnah) dan beberapa anggota AMK yang lain.
Mengulas lanjut Shamsul berkata, siasatan lebih penting apabila polis sendiri menyatakan ada dua perakuan bersumpah dibuat oleh Bala dalam isu yang sama.
Justeru satu siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengetahui perakuan yang mana satu adalah benar, katanya.
"Dalam laporan saya, saya perincikan dua perkara satunya (perakuan Bala dalam perakuan bersumpah pertama) hubungan seks Najib dan Altantuya Shaariibuu, keterlibatan beliau dan rosmah dalam dakwaan pebunuhan wanita Mongolia ini," dakwanya.
Yang kedua isu rasuah iaitu dakwaan yang menyatakan Altantuya telah dijanjikan komisen sejumlah USD500,000, katanya.
"Ini dua kes yang boleh diperincikan oleh polis dalam aspek 'Penal Code' (kanun kesiksaan) dan Akta Pencegah Rasuah, walaupun BPR bagi jaminan untuk siasatan, tetapi aspek undang-undang kanun kesiksaan ia boleh diperincikan dalam akuan bersumpah tersebut," katanya.
Semasa ditanya mengapa beliau dipanggil memberi keterangan di JSJ Komersil, Shamsul berkata, polis mendakwa ia atas arahan Bukit Aman.
Sebelum ini, AMK telah membuat laporan polis terhadap Najib berhubung satu perakuan bersumpah kaitan antara Najib dan Altantuya oleh saksi dalam kes pembunuhan Altantuya (Bala).
Sehari selepas Bala membuat perakuan sumpah itu (3 Julai), penyisatat tersebut membuat sekali lagi perakuan bersumpah (yang kedua) menafikan dakwaan dalam akuan sumpah pertama.
Sehari selepas menarik semula akuan itu, Bala dilaporkan hilang secara tiba-tiba dan hari ini polis mengesahkan beliau berada di luar negara.
www.harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment