10 July 2008

Anwar tidaklah sehebat mana - Shabery

Ahmad Shabery yakin

KUALA LUMPUR 9 Julai - Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek yakin langkahnya untuk berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Julai ini dapat membantu rakyat untuk lebih memahami kewajaran kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel bulan lepas.

Beliau berkata sebagai Menteri Penerangan, menjadi tanggungjawab beliau untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu yang ada di negara ini dan tidak seharusnya timbul kebimbangan sesetengah pihak bahawa ia mengundang risiko kepada kerajaan.

"Saya melihat risiko Anwar lebih besar kerana dia selalu menganggap dirinya sebagai seorang pemimpin besar serta mempunyai ramai pengikut.

"Debat ini juga merupakan peluang saya untuk memberitahu rakyat bahawa cara dia (Anwar) salah dan dia tidaklah sehebat mana," katanya kepada Bernama di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengakui bahawa debat itu adalah sesuatu yang baru dalam kalangan masyarakat negara ini dan sehubungan itu, sudah pasti akan timbul rasa bimbang kepada sesetengah pihak.

- Bernama

No comments:

Post a Comment