14 July 2008

Seperti yang sudah dijangka | Pandikar Amin menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri tanpa alasan

Usul undi tidak percaya terhadap PM oleh pembangkang ditolak

KUALA LUMPUR 10 Julai - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Penolakan usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota Parlimen Pembangkang yang kemudian bertindak keluar dewan.

Wan Azizah yang bangkit sebanyak tiga kali memohon pertimbangan semula terhadap keputusan Pandikar Amin itu dengan menyatakan bahawa rakyat kini tidak lagi mempercayai kepimpinan Abdullah dan berharap usul itu dapat dibahaskan.

Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan, beliau tetap dengan keputusannya untuk menolak usul tersebut dan tidak perlu memberi sebarang alasan melakukan penolakan tersebut. - Utusan

No comments:

Post a Comment