Syukur Nora telah dibebaskan pada anggaran jam 2.15 petang tadi. Sebelum banyak spekulasi mengenai tangkapan pada 16hb Julai 2008 baik Nora terangkan sedikit apa yang berlaku. Sebenarnya tuduhan mengatakan bahawa Nora maki hamun polis itu tidak benar. Sebelum memulakan cerita Nora nak ucapkan terima kasih kepada semua terutama , Black, Suaram, Badrul Hisham, panel PAS dan Norazaidi yang menjadi penjamin. Terima Kasih. Nora juga nak letakkan gambar mereka yang hadir pada perhimpunan DSAI di IPK Kuala Lumpur.
Sebenarnya mereka yang membodohkan diri mereka dengan menyuruh Nora pergi bermain “bola” lagi bagus. Nora, kemudiannya secara sinis mengatakan bahawa Euro dah habis, nak gi main atau tengok bola buat apa. Nora tegaskan Nora memang hadir untuk bersama rakan reformis lain dan kalau kenyataan ini diambil untuk menjadi bukti kehadiran – ambil lah, ecah tak kisah.... Namun atas nasihat kawan-kawan Nora tidak boleh menulis lanjut perkara ini kerana Nora agak ragui perjalanan tangkapan hari ini. Berbeza sungguh bila Polis memaklumkan bahawa mereka akan memohon ke mahkamah untuk menyambung tahanan Nora.
Pelik, mereka nak terus menahan Nora untuk beberapa hari lagi? Kemudian mereka mengatakan bahawa mereka mahu mengambil “Intelligent Statement” , apa jadahnya benda itu? Nora tak pernah lalui perkara ini sungguhpun sudah beberapa kali di tahan.
Lebih dari itu gambar di ambil adalah menyeluruh satu badan dan setelah diambil keterangan – keterangan itu terus di buat 30 salinan dan dihantar hari itu juga untuk perhatian sesiapa entah. Mungkin cara baru tetapi berbeza dengan cara prosedur tangkapan yang pernah Nora lalui dulu.
Nora kemudiannya terpaksa menghubungi kawan untuk mengambil barang-barang Nora kerana Nora tidak mahu serahkan barangan yang ada dengan Nora ini kepada polis – takut hilang. Dah lah pada tangkapan yang lepas – semua “hand phone” Nora di ambil dan sehingga kini tidak dikembalikan.
Dalam perbualan dengan polis “in charge” Nora bertanyakan kenapa Nora mahu di tahan reman dan kenapa prosedur kali ini berbeza? Inspektor itu memberi tahu Nora, bukan apa, ini semua arahan orang atasan dan kemungkinan siasatan perlu dibuat untuk mengetahui – kemungkinan Nora di taja oleh seseorang dan beberapa hal lain yang berkaitan. Huh, Nora kehairanan. Di taja, kenapa perlu di taja untuk kita menunjukkan bahawa kita mahu mempertahankan sesuatu isu yang melibatkan rakyat negara ini. Pelik. Rakan Nora yang datang untuk mengambil barang-barangan turut kehairanan kerana soalan-soalan yang ditujukan kepada dirinya seolah-olah dia juga salah seorang suspek.
Pelik ini orang yang datang hanya untuk mengambil barang Nora. Beliau ditanya berkenaan butir peribadi, kerja di mana, lulusan apa, mengenai keluarga, mengenai bapa dan mengenai anak. Beliau di minta menandatangani soal jawab itu seolah-olah dia turut menjadi suspek. Ada pakar tak kat luar sana yang boleh bantu tak?
Lepas itu Nora patut di bawa ke Mahkamah jam 10.00am 17/08/2008. Namun terbatal kerana tiba-tiba Nora tidak di bawa ke mahkamah sebaliknya boleh di jamin mulut. IO yang mengendalikan kes Nora yang sudah ke mahkamah – terpaksa pulang dan menyiapkan kerja-kerja untuk jaminan mulut. Apa pun banyak betul lagi Nora nak ceritakan – yang melibatkan peguam dan bantuan “urgent arrest” yang sekarang seakan tidak ada lagi – tak macam dulu.
Tapi biar dahulu nanti orang salah anggap pula apa yang Nora tulis. Lepas cerita ini Nora cerita mengenai isu itu – peguam PKR yang tidak mahu membantu – tidak ada “support” untuk mereka yang di tahan. Kalau orang macam Nora – Nora tak kisah sebab Nora dah biasa tapi bayangkan mereka yang baru – sure panik habis. Ok itu Nora cerita kemudian.
http://nnora75reform.blogspot.com
No comments:
Post a Comment